Sejarah-sejarah yang berlalu akan kekal sebagai cerminan terhadap perilaku dan landasan yang dilalui oleh setiap manusia. Ianya tidak mampu diubah mahupun dilenyapkan daripada memori perjalanan kehidupan manusia. Cerminan inilah yang mewajahkan bentuk tubuh manusia sama ada buruk mahupun baik. Sejarah kehidupan lalu tidak boleh dibiarkan terus berlalu tanpa memuhasabah dan memperbaiki diri sepanjang setahun perjalanan.
Mereka tidak mengetahui bahawa manusia yang sangat rugi adalah mereka yang tidak mampu untuk mengambil pelajaran daripada masa lalu untuk melakukan perubahan dan memperbaiki diri. Begitu juga, kegagalan meletakkan sejarah sebagai cerminan akan memberi kesan di mana berkemungkinan mereka pasti mengulangi kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukannya setahun yang lalu.
Ayuh kita bersama jadikan lembaran baru menjelang tiba ini sebagai medan mencetus perubahan. Sesungguhnya kita adalah umat yang sentiasa berada pada paras kecemerlangan dan kehebatan yang tertinggi!
Beberapa perkara penting yang boleh kita manafaatkan bersama adalah seperti berikut:
1. Memperbaharui niat dan azam.
2. Menghayati isi kandungan al-Quran dan Al-Sunnah.
3. Berubah daripada keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik.
4. Mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan.
5. Memuhasabah dan memperbaiki sejarah kehidupan lalu.
Kesimpulannya, bukanlah tahun baru itu menjadi persoalan, namun persoalannya apakah persediaan kita untuk menjadi masyarakat dan umat yang benar-benar bergerak dan beramal selaras dengan kehendak dan tuntutan-tuntutan Agama dan sejauh manakah kita memperbaiki dan memuhasabah segala amal perbuatan yang kita telah lakukan. Jawapan terhadap persoalan itu terletak pada jiwa dan hati anda.
BUKTIKAN kita mampu menjayakan diri kita sendiri dan juga membantu menjayakan rakan-rakan sekeliling kita!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan