Khamis, 29 Mac 2012

2
Komen

BIO EVER dalam Majalah BiCARA


Dapatkan majalah BICARA bulan April 2012..Bio Ever

the BEST cream ever!!!!



Testimoni diri saya sendiri...glamor u masuk

majalah...hihihi...teruja..!!!



Itu bukan yang saya nak share kan...yang saya nak

sharekan adalah kehebatan Bio Ever yang telah

terbukti berkesan dan disukai ramai....


Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm

Isnin, 12 Mac 2012

0
Komen

RAHSIA BISNES ORANG CINA


Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini.

Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.

Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.

Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan 

Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :

-Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
-Jimat, jika tidak akan membazir modal
-Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
-Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
-Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan   pergaduhan
-Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
-Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok

Ketujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

Perniagaan Adalah Satu Seni

Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri.

Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, antaranya ialah :
  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’ 

Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.

Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :

-Sabar
-Tidak mudah putus asa
-Pandai merebut peluang
-Mempunyai perhubungan awam yang baik
-Berpandangan jauh
-Berpegang pada janji
-Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
-Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
-Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.

Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina

Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut.

 Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.

Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal.

 Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari.

Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan.

Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.

Tokoh Usahawan Cina di Malaysia

1.0 Robert Kuok

Di negara kita, terdapat ramai tokoh-tokoh bisnes yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina. Jumlah mereka mungkin boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan orang. Antara tokoh bisnes daripada kaum Cina yang terkenal di Malaysia ialah Robert Kuok merupakan seorang tokoh peniaga daripada masyarakat Cina yang lahir di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 dan memiliki anak seramai 8 orang. Beliau juga merupakan antara jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit hasil daripada usaha gigihnya membangunkan perusahaan gula di Malaysia. Beliau juga turut diberi gelaran ‘Raja Gula Asia’. Beliau sangat bijak mengambil peluang kerana mampu menjana keuntungan yang besar hanya dengan menghasilkan pengeluaran gula untuk negara.

Selain itu, beliau turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Shangri-La Hotel dan Resort Chain. Apa yang dapat disimpulkan, beliau tidak mengecapi kejayaan seperti yang beliau miliki pada hari ini dengan mudah. Banyak pengorbanan dan modal yang perlu dikeluarkan untuk beliau membangunkan perusahaan gula sehingga boleh bertahan sampai ke hari ini. Nama beliau juga turut tersenarai antara individu terkaya di rantau Asia.

2.0 Mendiang Lim Goh Tong

Mendiang Lim Goh Tong yang merupakan seorang usahawan Tionghua terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 sehingga beliau meniggal dunia. Beliau memiliki aset berjumlah sehingga 421.60 bilion ringgit Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Prseiden seumur hidup kumpulan Genting. Selain memiliki hotel, beliau turut mempunyai kasino yang dikunjungi 14 juta orang dalam setahun serta memiliki aset-aset mewah yang lain. Dalam satu catatan sejarah menyatakan bahawa beliau datang ke Malaysia dari Fujian China ketika berumur 19 tahun dan hanya membawa wang berjumlah RM175 sebelum berkerja dan membina syarikat sendiri iaitu Kien Huat.

Usaha gigih beliau dan idea yang kreatif telah membuatkan beliau berhasrat untuk mendirikan Genting sebagai sebuah tempat perlancongan di Malaysia. Hasilnya, Genting Highlands masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia walaupun kini beliau telah pergi selama-lamanya.

Kedua-dua tokoh ini merupakan antara contoh usahawan masyarakat Cina yang berjaya membina empayar perniagaan yang begitu berpengaruh selain membuktikan pada semua bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu melalui usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Sememangnya peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan Cina mempunyai taktik dan startegi tersendiri. Namun semua itu dilihat sebagai satu seni dalam perniagaan. Etika masyarakat Cina juga turut membenarkan penggunaan startegi masing-masing asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada peniaga dan pelanggan. Sebaik-baiknya biarlah strategi tersebut mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Pendek kata, peniaga-peniaga Cina mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain bijak mencuri peluang yang ada dihadapan mata. Peluang akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan keuntungan yang besar boleh dicapai dan kejayaan hanya akan diperoleh sekiranya mereka mempunyai sikap yang rajin, tekun dan tidak mudah mengalah sekiranya menghadapi kegagalan. Maka, wajar bagi msyarakat lain di negara ini untuk mencontohi sikap kaum Cina dalam usaha mereka menjalankan perniagaan.

Sumber: usahawan.com


Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm