Isnin, 24 Disember 2012

0
Komen

RENUNGAN DI AWAL MINGGU

2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.

• 2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita. Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal di atas tindakan jahat kita kepada manusia lain.

• 2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain merupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut oleh Tuhan kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak minta diingati mahupun minta dibalas. Ianya semata-mata kerana keredhaan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf atas kesalahan manusia lain terhadap kita.

Dalam konteks ini maka kita lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin boleh bertafakkur walaupun sejenak untuk meletakkan kita di mana yang sepatutnya diletakkan.

Kredit : Datuk Dr Maznah Hamid
Photo: RENUNGAN DI AWAL MINGGU

Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan