Salam semua,
Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian di muka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.
Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun perlu dimasukkan garam untuk menambah rasa/selera.
Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin. Garam berasal dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit.
Banyak kegunaan garam;
~pengawet ikan supaya tidak busuk.
~menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
~Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Kegunaan garam dalam perubatan Islam.
Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan. Maka terjadi lah darah tinggi. Kenapa boleh terjadi? Kerana nafsu makan, makan apa saja ikut nafsu.
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:
~Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
~Kalau tinggal di bandar macam KL mana ada pantai kan. Jadi goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian bungkus dengan kain dan demah/tuam/tungku di bahagian yang bengkak atau sakit.
~Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Jika sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
~Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
~Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll – minum air suam dan sedikit garam.
~Mencuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasulullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.
Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
~Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
~Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
Semoga dengan ilmu yang disampaikan ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. Insyaalah semoga kita dirahmati oleh Allah.
**********************************************
BOLEH JUGA DAPATKAN PRODUK YANG BERASASKAN GARAM KAMI YANG TELAH TERBUKTI BERKESAN MEMBANTU MERAWAT PELBAGAI MASALAH KESIHATAN
~Garam Buluh (Minuman)
~Garam Buluh (Masakan)
~Marine Essence Bar (Sabun Garam Buluh)
~Kopi Mineral (Campuran Garam Buluh)
~Bio Velocity Sleep Mate (Suntikan Sinaran Matahari Waktu Dhuha & Garam Laut Dalam)
mohon copy manfaat./penggunaaan garam tu ye :)
BalasPadam