Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kampung Baru Medical Centre
(KBMC), Kuala Lumpur, Dr. Rosilawati Abd. Ghani berkata, JOP
berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis
(pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung
organ pada bahagian itu.
‘‘Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing
akan menonjol ke dinding faraj & usus besar menonjol arah belakang
faraj.
Punca-punca JOP
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis
menjadi lemah, antaranya kehamilan dan bersalin; usia dan menopaus;
obesiti; ketumbuhan seperti fibroid yang besar dan; batuk atau sembelit
kronik. Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yg berat; keturunan
seperti Sindrom Marfan dan etnik; menjalani pembedahan pelvis seperti
histerektomi, pembetulan pundi kencing & kerosakan atau kecederaan
pada saraf tunjang.
Pencegahan
* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan
melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat,
guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti
jurutera
* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman
bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, bantu mempercepatkan
proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal
kencing dan mengurangkan sakit belakang
* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik.
Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran.
Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila
keluar dari bilik air
* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu
tetapi bukan korset yang amat ketat.( PREMIUM BEAUTIFUL
SANGAT BAGUS, di iktiraf doktor )
* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari
batuk yang kronik
* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah
perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.
Oleh kerana kekangan masa & terlalu sibuk dengan tugas2 harian,ramai
wanita mengambil mudah perkara ini.... Mengikut peredaran zaman dan
masa BVSM semudah tido sahaja...masalah rahim jatuh bg wanita dapat
diatasi...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat yang sama kepada anda di luar
sana..
Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm