Rabu, 25 Julai 2012

0
Komen

AKAL!! DIA "RAJA" ATAU KITA "RAJA"???



Akal kita terpaksa "menerima" apa yang dikatakan oleh orang sekeliling kita TANPA FILTER sejak kecil lagi. Bila setiap hari kita dengar perkara yang sama, ia mencapai satu "kepercayaan" kepada akal kita untuk "menasihati" kita bertindak mengikut arahan. Masalahnya ialah lebih 80% apa yang akal nasihatkan adalah berbaur negatif melainkan kita dah "sekolahkan" dia, mendisiplinkan dia dan menguasainya. Jika kita tidak menguasainya, maka ia akan cuba untuk menjadi "Raja"kita ada atau tiada hari ini adalah mengikut tindakan kita yang diarahkan oleh akal kita! 

Akal yang menipu ialah bila ia mengikut telunjuk hawa nafsu yang tidak dikuasai atau diuruskan dengan baik serta HATI yang sepatutnya menjadi "pemerintah" pula telah lama "mati" atau tidak berfungsi dengan sebenar. 
Hidup anda banyak +ve atau -ve? Samada +ve atau -ve, kita akan nampak hasilnya bukan sahaja pada hidup kita tp juga pada kebahagiaan & ketenangan hidup kita dan tahap kewangan kita. Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah terserlah mengikut apa yang diarahkan oleh samada Akal/Nafsu atau Hati yang bersih. Mudah-mudahan hati-hati kita sentiasa merujuk dan memohon pimpinanNya!
 Amin! -DAO



Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan