Selasa, 2 April 2013

0
Komen

MASALAH WANITA~ FIBROID dan KEHAMILAN



FIBROID atau dalam istilah perubatannya myoma, leioyoma atau leiomyotoma merupakan antara penyakit puan yang sering disalahertikan dengan pelbagai gambaran negatif.


Fibroid yang merupakan ketumbuhan dalam rahim bukan jenis kanser dianggap sebagai satu masalah kesihatan yang digeruni oleh sebahagian besar wanita.


Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Noraihan Nordin berkata, ketumbuhan yang kerap ditemui dalam sistem reproduktif wanita ini hampir sebahagian besarnya tidak berbahaya.


Menurut beliau, risiko fibroid berubah menjadi kanser juga begitu kecil iaitu kurang daripada 0.13 peratus.


Bagaimanapun, ia boleh mendatangkan bahaya sekiranya ia menyebabkan pendarahan yang banyak.


“Pendarahan tanpa henti mengakibatkan individu terbabit mengalami kekurangan darah (anemia) jika mereka tidak mendapatkan rawatan doktor. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh memudaratkan,” katanya.


Fibroid yang berasal daripada otot rahim dan tisu fibrous biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur 30 tahun ke atas.


Dianggarkan 20 hingga 25 peratus kes fibroid ditemui di kalangan wanita yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Namun, ini tidak bermakna wanita yang berumur kurang daripada lingkungan tersebut bebas daripada fibroid.


“Segelintir wanita muda juga menghadapi masalah fibroid, malah terdapat kemungkinan ia dikaitkan dengan faktor genetik,” katanya.


Fibroid biasa berlaku sama ada pada rahim atau pangkal rahim dengan saiz yang berbeza-beza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.


Ia boleh terbentuk sama ada seketul atau berketul-ketul dengan saiznya daripada sekecil buah mata kucing dan boleh membesar sehingga saiz buah tembikai.


“Sesetengah fibroid yang bersaiz kecil akan kekal dengan keadaan tersebut, manakala sebahagiannya boleh membesar secara perlahan-lahan,” katanya.


Kajian mendapati wanita kulit hitam mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap fibroid berbanding wanita kulit putih.


Menurut Dr. Noraihan, fibroid juga boleh berlaku di kalangan wanita hamil. 

Seiring dengan tempoh kehamilan, saiz fibroid akan mengalami degenerasi dan ada kalanya menimbulkan masalah kepada ibu.


Pembesaran saiz ini ada kaitan dengan hormon dan pengaliran darah ke rahim. 

Namun, dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh tubuh semasa hamil dan ditambah tumbesaran fibroid ia mungkin menimbulkan rasa tidak selesa, sakit atau tekanan. 

Bagaimanapun, wanita yang pernah mengalami fibroid semasa hamil boleh melalui proses kehamilan pada masa akan datang.


“Seperti wanita lain, mereka yang mempunyai fibroid juga boleh melahirkan bayi yang sihat dan tidak menghadapi masalah,” ujarnya.


Walaupun begitu, terdapat komplikasi yang boleh berlaku semasa kehamilan.


Sehubungan itu, wanita yang menghadapi masalah fibroid dinasihatkan supaya tidak bimbang atau malu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


Pesakit boleh berbincang dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sesuai berhubung komplikasi dan kesannya dalam jangka masa panjang.


Individu Berisiko

* Wanita yang berumur lebih 30 tahun
* Wanita yang tiada anak atau tidak mempunyai ramai anak.

Punca Fibroid

Sehingga kini, punca sebenar fibroid tidak diketahui. Namun, terdapat kemungkinan ia berkait dengan hormon estrogen yang dihasilkan oleh tubuh setelah seseorang wanita mengalami haid.

Gejala 

Fibroid biasanya tidak menunjukkan gejala terutama jika ia bersaiz kecil. Bagaimanapun, jika ia berada di dinding dalam rahim, ia boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu.

Pun begitu, ada kalanya ia dapat dikesan jika wanita terbabit menyedari adanya: 

* Masalah haid seperti:
- Perubahan pada pusingan haid
- Pendarahan yang lebih banyak daripada biasa
- Tempoh haid yang lebih panjang
* Anemia
* Sakit pada perut
* Gejala tekanan pada pundi kencing yang mengakibatkan:
- Sukar membuang air kecil
- Kerap membuang air kecil
- Masalah sembelit atau buasir
- Bengkak kaki
* Masalah semasa hamil
* Kurang kesuburan

Rawatan 

Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberi rawatan konservatif iaitu ubat untuk mengecutkan fibroid dan ubat tahan sakit.

Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pendarahan yang boleh membahayakan nyawa wanita terbabit.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang berfungsi untuk mengecutkan fibroid ini hanyalah untuk sementara.

Sekiranya pengambilan ubat itu dihentikan, fibroid akan membesar semula. 

Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas kehamilan sekiranya fibroid tersebut berbahaya kalau tidak dibuang.

Fibroid Dan Ketidaksuburan

Masalah fibroid dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah ketidaksuburan, namun ia bukanlah faktor utama yang menyebabkan ketidaksuburan.

Ini kerana fibroid mempunyai kaitan dengan endometriosis iaitu masalah kurang kesuburan. 

Komplikasi Fibroid Semasa Hamil

* Keguguran. Fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran semasa hamil sekiranya janin tersebut melekat pada fibroid
* Kelahiran songsang
* Rasa sakit akibat degenerasi sel-sel fibroid (fibroid mati)
* Rahim kelihatan lebih besar daripada biasa
* Pembedahan caesarean

Sekiranya fibroid yang besar tumbuh di bahagian bawah rahim, ia boleh menghalang proses kelahiran secara normal. Sehubungan itu, pembedahan caesarean diperlukan.

Malah, sekiranya terdapat lebih daripada satu ketumbuhan fibroid dalam rahim, doktor juga perlu berhati-hati semasa melakukan pembedahan membantu kelahiran bayi. 

Pembedahan mungkin agak sukar jika fibroid tumbuh pada bahagian bawah rahim. 

Selepas bersalin, risiko pendarahan adalah tinggi (post partum haemorrhage). 

Komplikasi Fibroid

* Pendarahan
* Sakit
* Gejala tekanan
* Rasa sakit semasa hamil
* Sakit semasa menopaus
* Kurang kesuburan
Rawatan Fibroid Untuk Wanita Tidak Hamil
* Ubat-ubatan

* Pembedahan. Sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan mengambil kira faktor usia dan gejala yang dialami. Terdapat dua kaedah pembedahan yang dilakukan iaitu:

- Pembuangan fibroid sahaja (Myomectomy). Kaedah memotong dinding rahim dan mengeluarkan fibroid ini dilakukan ke atas wanita yang masih belum mempunyai anak, tetapi berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata.

- Pembuangan rahim (Hysterectomy). Kaedah ini hanya dilakukan kepada wanita yang telah mempunyai anak dan mempunyai pelbagai jenis fibroid. Rawatan ini dilakukan bagi mengelakkan fibroid tumbuh semula.

* Hysteroscopic resection. Pembedahan bagi fibroid yang berada dalam rahim (submucous) dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui faraj dari pintu rahim. 

Melalui teropong dan kamera, sistem fibroid dapat dilihat dan dipotong melalui peralatan canggih.


* Pembedahan melalui laparaskopi


* Uterine artery thrombosis. Kaedah yang menyekat pembuluh darah yang membekalkan darah ke fibroid adalah sama dengan teknik angiografi iaitu dengan memasukkan kateter ke dalam pembuluh darah dan memasukkan bahan yang akan menyumbat salur darah yang mengalir ke fibroid.


Sekatan darah ini akan menyebabkan sel-sel fibroid mati dan mengecut sendiri.

Rawatan Islam:

Pengidap rajin-rajinlah membaca surah Maryam or Ambiyaa' or An-Nisaa' or Ali-Imran kerana ia dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts dan lain-lain. Sumber fakta dan info dirujuk dari buku tulisan Dr. Amran Kasimin, Dato’ Dr. Haron Din dan Prof Madya Hanafi Ismail.

Kita sering mengutamakan perubatan moden dari kaedah rawatan secara Islam, kerana perubatan moden lebih berasaskan kepada logik dan beralasan. Ramai di antara kita menenepikan KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN,

Kerana itu kita sering membiarkan jiwa terlalu lama kosong dan kontang dengan bacaan Quran hinggakan tidak sedar menjadi pemangkin pembinaan 'Highway' dan Penempatan Bandar Maju Puak-Puak Syaitan yakni laluan pantas mereka bergerak keseluruh tubuh.

- moga kesempatan yang kecil menjadi permulaan kepada usaha yang besar..

InshAllah.

Rawatan Alternatif 


ataupun

BIO EVER NANO CREAM
~Krim serbaguna berteknologi nano ini dapat membantu mengawal kestabilan hormon dan telah terbukti membantu mengecutkan fibroid





Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan