Rabu, 10 April 2013

0
Komen

Kanser Kolon : Apa Yang Perlu Anda Tahu



Tiada sesiapapun tahu apa sebenarnya yang menyebabkan kanser. Selain mereka yang terdedah kepada bahan kimia yang toksik dan sinaran, pakar di seluruh dunia tidak dapat menjelaskan dengan tepat sebabnya sesetengah orang menghidap kanser manakala yang lain tidak.

Kanser memang tidak terjadi dalam sehari, maka perubahan mendadak pada gaya hidup anda. Oleh sebab ia boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan boleh berpunca daripada pelbagai bahagian tubuh, kanser boleh menyerang manusia segenap usia dan apa jua bangsa, tanpa mengira sama ada mereka tinggal di bandar ataupun di luar bandar.

Di Malaysia, data daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2003 menunjukkan bahawa kanser yang paling lazim dihidapi kaum lelaki ialah kanser paru-paru (13.8%), kanser nasofarinks atau hidung (8.8%) dan kanser kolon (7.6%). Walau bagaimanapun, kanser kolorektum (gabungan kanser kolon dengan kanser rektum) adalah kanser yang paling lazim dihidapi lelaki, iaitu 14.2%. Di kalangan wanita pula, kanser payudara mencakupi 31% daripada semua kes kanser, diikuti kanser serviks, ovari dan uterus (12.9%), dan kanser kolorektum (10.1%).


Bermakna kanser kolon atau kolorektum ( kanser kolorektum ialah kanser kolon (usus besar) dan rektum (hujung kolon) ). Kanser kolorektum juga dikenali sebagai kanser usus besar. menyerang kaum adam dan juga hawa. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui atau tidak maklumat mengenai kanser kolon. Di Malaysia, kanser kolorektum merupakan kanser utama dihidapi oleh kaum lelaki, ketiga kepada kaum wanita dan kedua kepada rakyat Malaysia. Kanser ini amat berbahaya dan tidak boleh diambil ringan, terutama kepada kaum Cina sebagai penghidap tertinggi, diikuti oleh kaum Melayu dan India.

Apa Itu Kanser Kolon


Kanser Kolon atau kolorektal, ialah kanser yang berlaku di awal usus besar (kolon) atau dubur (akhir kolon). Hampir semua kanser kolon bermula dengan ketumbuhan bukan kanser atau dikenali sebagai polip yang akhirnya secara senyap bertukar menjadi sel kanser. Lain-lain jenis kanser boleh menjejaskan kolon, seperti limfoma, tumor karsinoid, melanoma dan sarkoma. Kanser kolon boleh terjadi dengan satu serat rendah yang tinggi lemak diet dan daging merah. Walau bagaimanapun, merokok dan minuman beralkohol adalah faktor risiko lain yang berkaitan dengan punca kanser kolon.

Berdasarkan data yang diperolehi dari negara Barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. Individu yang berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser kolon.



Tanda Amaran Kanser Kolon

~Sakit abdomen dan rasa tidak puas selepas membuang air besar.
~Najis yang menjadi kurang lebar, yang berlarutan lebih beberapa hari
~Darah dalam najis.
~Pendarahan pada dubur
~Cirit-birit, sembelit atau perubahan lain dalam tabiat-tabiat membuang air.
~Sekatan usus.
~Kehilangan berat dengan tiada alasan yang diketahui.
~Ujian Mengesan Kanser Kolon

Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit kanser kolon. Malangnya, kebanyakan pesakit berjumpa doktor apabila kanser pada tahap sudah teruk. Mereka enggan berjumpa doktor hingga tanda gejala berlarutan beberapa bulan. Dan apabila mereka berjumpa dengan doktor, kanser tersebut mencapai tahap 3 (tahap yang agak teruk) atau 4 (kanser yang telah merebak ke organ lain, seperti hati dan peparu).
Fasa 1 hingga 4 penghidap kanser kolon


Cara untuk mendiagnos penyakit kanser kolon ialah menerusi kolonoskopi dan Sigmoidoscopy. Bagaimanapun hanya melalui proses kolonoskopi membolehkan kita melihat keadaan keseluruhan kolon. Ujian darah juga boleh dibuat untuk mengesan penyakit ini. Ujian ini dinamakan complete blood count (CBC) untuk anemia.

Jika anda mengesyaki anda menghidap kanser, apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Dapatkan nasihat perubatan daripada doktor pakar yang berkenaan.
2. Jalani ujian-ujian yang perlu.
3. Bawa rakan atau anggota keluarga bersama-sama anda sebagai sokongan.
4. Jika ujian mengesahkan anda menghidap kanser, jangan berlengah-lengah untuk mendapatkan rawatan. Untuk mengatasi penyakit ini, penting agar ia dikesan dan dirawat awal-awal.
5. Dapatkan pendapat kedua.

Kaedah Rawatan Kanser

Kanser adalah penyakit yang menjejaskan manusia dari segi fizikal dan emosi, dan doktor anda akan membincangkan hasil ujian dan pilihan rawatan anda bersama-sama anda dan orang yang rapat dengan anda, supaya anda memahami keputusan yang dibuat.
Tujuan rawatan adalah untuk membuang, memusnahkan atau membuatkan sel kanser tidak aktif supaya penyakit tidak akan berulang seperti melalui pembedahan ataupun kaedah kemoterapi.

Banyak faktor menyumbang kepada risiko kanser, dan genetik hanya satu daripadanya. Kira-kira 10% kes kanser boleh dikaitkan dengan kecenderungan disebabkan keturunan, tetapi kanser tidak semata-mata diwarisi. Anda cuma mewarisi risikonya, dan bukan penyakit kanser itu sendiri. Ingatlah bahawa faktor lain turut terlibat – asal-usul keturunan dan jantina anda juga meningkatkan risiko anda bagi kanser tertentu.

Pembedahan - Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan.

Kemoterapi- Doktor menggunakan ubat anti-kanser untuk menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser. Kebanyakan ubat anti-kanser diberi melalui suntikan. Rawatan kemoterapi adalah lebih berkesan untuk membunuh sel kanser dan menghalang ia dari berulang.

Terapi radiasi - Menggunakan sinar-X berkuasa tinggi digunakan untuk membunuh sel kanser dan menghalangnya daripada merebak.


Sumber : Buku Panduan Sumber untuk Pesakit Kanser yang Baru Didiagnosis oleh Persatuan Onkologi Malaysia dan Pfizer Malaysia

JOM PASTIKAN KESIHATAN USUS SENTIASA DI TAHAP YANG TERBAIK!!


1. Ketahui kepentingan pengambilan bakteria baik
2. Mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya

Proses penuaan akan bertambah teruk sekiranya terdapat banyak toksin di dalam sistem penghadaman kita. 

Untuk mengurangkan risiko kesihatan, cara yang paling berkesan adalah dengan membersihkan usus kita supaya sistem penghadaman kita dapat berfungsi dengan cekap dan baik seterusnya kecantikan luaran akan terserlah dan proses penuaan akan menjadi lambat.

LACTOLITE (klik promosi ) mmg kaya dengan bakteria baik!!
MINERAL COFFEE yg sangat tinggi sifat alkali pun boleh bantu utk neutralkan & nyahkan toksin dalam badan...

Jom2 cuci2 usus....In shaa Allah badan sentiasa sihat bertenaga! ^_^



Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan