Ahad, 18 November 2012

0
Komen

Fungsi Resveratrol dalam Bio Ever


Bagaimana menentang penuaan sel?


RESVERATROL
Revolusi penyelidikan dalam penuaan sel. Satu kesimpulan yang menakjubkan mengenai cara pemakanan rakyat Perancis dan kesihatan mereka telah dijumpai melalui penyelidikan fenomena "Paradoks Perancis". Penyelidikan mendapati bahawa rakyat Perancis mengambil 3 kail ganda lebih mentega dan lemak haiwan berbanding daripada rakyat Amerika. Tetapi kebarangkalian pengidap penyakit Kardiovaskular di kalangan rakyat Perancis berbanding dengan rakyat Amerika adalah sebanyak 1:3. Ini disebabkan oleh tabiat mengambil wain merah di kalangan rakyat Perancis. Ahli saintis menemui sejenis anti oksida dalam wain merah - Resveratrol yang merupakan faktor utama untuk menjelaskan fenomena "Paradoks Perancis".
Kajian yang dijalankan oleh Dr. David Sinclair dari Pusat Perubatan Harvard pada tahun 2003 mengesahkan bahawa Resveratoral bukan sahaja bertindak sebagai anti oksida, malah ia juga bertindak mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) dalam badan. Ianya membantu dalam perlanjutan hayat hidup sel. Resveratrol dapat melindungi otak daripada tekanan oksidatif dan juga mencegah kemerosotan sel-sel otak. Liputan media serta kajian saintifik yang luas telah membawa perhatian orang ramai kepada kebaikan Resveratrol di Amerika Syarikat.


Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'Sistem Imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kesan-kesan Utama Resveratrol
  • Melindungi dan mengaktifkan mitokondria – Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai “kilang menjana tenaga” atau “loji tenaga sel”. Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
  • Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) – Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apakah gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan :-
  • Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
  • Mematikan pertumbuhan virus, bakteria, serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
  • Melanjutkan jangka hayat – Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
  • Meningkatkan daya ketahanan – Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.
  • Membina daya ketahanan terhadap kanser:-
  1. Fasa Pertama – mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik
  2. Fasa Pertumbuhan – Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  3. Fasa Pertumbuhan Pesat – Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.

Kebaikan-kebaikan lain:-
Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
  1. Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
  2. Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
  3. Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
  4. Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah.


Anda Suka?? Klik LIKE n SHARE!!!...Anda berminat?? Terus ke E-Shop@Online Order!!!..Tqvm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan